Up to 20% OFF for Members, Join Us Now!
Qzara Apparel & Textile Sdn. Bhd
Search
Close this search box.

PENCARIAN WAJAH BARU SOFEAROSE 2020 #NEWFACEOFSOFEAROSE

Suka bergambar dan minat bidang fashion? Sertai SofeaRose dalam pencarian wajah baru SofeaRose! Anda berpeluang menjadi muka depan bagi setiap keluaran terbaru SofeaRose, bergandingan dengan ambassador SofeaRose, Hanis Rathi! #NewFaceOfSofeaRose

Jangan lepaskan peluang ini sebab kami mencari wajah-wajah baru untuk industri muslimah khususnya di SofeaRose. Anda perlulah berumur 16 hingga 30 tahun dan boleh menghadiri sesi penggambaran di Lembah Klang (sekiranya terpilih). Anda juga wajib follow SofeaRose di semua platform media social kami (Instagram, Facebook, dan Twitter) untuk keep up-to-date dengan posting kami. 

Bagi melayakkan anda menyertai casting call ini, mudah sahaja! Anda cuma perlu memuat naik video berdurasi 30-60 saat tentang apa apa sahaja yang menggambarkan diri anda sebelum 4 July. Contohnya fashion styling, aktiviti sukan, memasak dan lain-lain. Wajib letakkan #NewFaceOfSofeaRose pada caption posting anda dan set akaun kepada Umum/Public. 

Jangan lupa emelkan butiran nama penuh, nombor telefon, dan link kepada posting video anda kepada kami di [email protected] untuk kami hubungi jika anda terpilih. Untuk lebih maklumat lanjut, rujuk poster di bawah ya. Goodluck!

CASTING CALL STORY2 SWIPE 1

[zcwp id = 1]