3 TIPS ‘SHORTCUT’ MEMASAK! 

Aduh, ni persoalan setiap Ratu Senduk dekat rumah tu kan. Hehe. Pernah tak rasa malas je nak masak atau tak tahuuuu nak masak apa? Lagi-lagi bila kita fikir lecehnya lah proses nak masak tu, boleh kemurungan fikir nak sediakan bahan semua tu! Haha haaaa kita pun apa lagi. Food Delivery Service lah jawabnya kan? 

TAPI! sebenarnya ada 3 tips yang kita boleh buat untuk memudahkan proses memasak, alah kira ‘shortcut’ lah. Heheh. Lepas ni, tak payah pesan makanan di luar. Jimat pun jimat heheh. Jom baca dengan lebih lanjut!

  1. PENGASINGAN BAHAN MENTAH

Apabila anda balik dari membeli bahan-bahan mentah di pasar seperti ayam, daging, ikan, dan lain-lain, kuatkan iman, terus siang ikan dan basuh ayam siap-siap. Kemudian, simpankan bahan-bahan tersebut di dalam bekas bertutup atau beg plastik Ziplock dalam kontena yang berasingan untuk setiap bahan di dalam peti sejuk beku anda.

Jadi bila anda nak masak, tak susah lah untuk memilih bahan kerana semuanya sudah siap dan tersusun. Next time nak masak, hanya tinggal keluarkan dan defrost je!

Image from Times of India
  1. PENYEDIAAN BAHAN BAHAN MEMASAK

Ketika sedang santai-santai tonton cerita Bollywood setiap hari Sabtu, cuba multi-tasking dengan sediakan bahan-bahan memasak untuk minggu yang akan datang. Contohnya seperti mengopek bawang ke, mengupas kulit kentang ke, kupas carrot ke, dan lain lain lagi. Percayalah, sebenarnya kita boleh je multi-tasking ni, cuma belum pernah cuba je!

Kemudian, simpan bahan-bahan tersebut di dalam bekasnya sendiri. Jadi, bila anda nak memasak, anda cuma perlu potong bahan-bahan tersebut mengikut keperluan dan ianya juga akan tahan agak lama. Confirm lepas ni process memasak jadi singkat. Mudah kan?! 

TIPS : Anda juga boleh merendam sayur-sayuran dengan garam untuk memastikan ianya tidak rosak dan tahan lebih lama di dalam peti sejuk anda.

Image from Vegetarian Times
  1. MEAL PLANNING

Salah satu cara untuk mengurangkan pening kepala anda apabila nak memilih menu untuk hari tertentu, cuba anda gunakan teknik meal planning

Pada hujung minggu, anda ambil sehelai kertas dan tuliskan menu apa yang ingin anda masak untuk minggu akan datang, daripada makan pagi sehingga lah makan malam (ataupun jika keluarga anda hanya makan bersama pada waktu malam, tuliskan menu makan malam buat setiap hari). Isnin – Nasi Lemak Kerang, Selasa – Nasi Hujan Panas, Rabu – Seafood Carbonara dll. Fuh, sedapnya! Jadi, anda takda lah membuang masa memikirkan “nak masak apa ye hari ni?”. Ikut sahaja meal plan yang telah anda buat pada hujung minggu tadi!

Image from TransitionSalem.com

Jadi, itu sahaja lah tips SofeaRose pada hari ini!  Mesti anda dah ada idea nak masak apa dan teruja nak masak kan? Heheh. Harap anda dapat sedikit sebanyak manfaat daripada artikel ni dan harap tips tips ini dapat memudahkan proses anda semasa memasak nanti.

Psst : Nak memasak, tapi ada tetamu bukan muhrim datang rumah? Sarung je tudung Janna Express Hijab yang terbaru dari SofeaRose. Cantik, selesa dan mudah sangat. Sarung je dah siap! Check it out here : https://www.sofearose.com/new-arrivals-sofearose/

Image by SofeaRose

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *