Pernah tak anda ‘searching’ di laman web Google selama berpuluh-puluh minit tapi masih tak jumpa apa yang anda carikan? We’ve all been there, right? So, kali ni SofeaRose nak share 4 tips untuk memudahkan penggunaan Google dan mendapatkan search results yang lebih tepat tanpa membuang masa. 

  1. TANDA MINUS

Gunakan tanda minus (-) untuk mengecualikan perkataan yang anda tertentu daripada muncul di page search results. Contohnya, nak cari artikel, tapi taknak dari bentuk wordpress, senang je. Letak (-) depan perkataan wordpress tu. Siap!

  1. TANDA DOUBLE QUOTE

Gunakan tanda double quote ini (“) untuk pencarian perkataan yang spesifik tanpa susunan perkataan yang berubah-ubah. Contoh letak (“) pada kata carian kita macam ni “Tudung SofeaRose”, then search! Tak adalah dia keluar pasal Tudung Saji ke, Tudung Dari Neraka ke. 😛

  1. TANDA TILDE

Gunakan tanda tilde (~) untuk mencari sinonim perkataan yang anda inginkan ataupun search result yang berkaitan dengan perkataan yang ingin anda cari. Contoh dekat bawah ni kita Google modest fashion, tapi pada perkataan modest tu kita letakkan (~), jadi Google akan keluarkan juga result yang sinonim dengan perkataan modest. 

  1. FILETYPE

Taipkan perkataan (filetype:) sebelum topik yang ingin anda Google untuk result pencarian yang lebih tepat dan sesuai dengan content. Ini sangat sangat berguna kalau kita nak cari file tertentu, contohnya pdf untuk reference assignment ke, video untuk kita tengok ke, atau mp3 untuk lagu. Best kan? Hehe

Itu sahaja perkongsian pada hari ini dan harap anda semua dapat manfaatkan tips-tips ini untuk memudahkan proses pencarian anda di laman internet yang sangat luas ini. Yahoo!

P/S: Psst, kalau nak tengok koleksi tudung printed tercantik, terletups, tercomel dengan harga serendah RM59, jangan lupa dapatkan new release printed hijab Thalia Carina, available in square scarf and long shawl form with Premium Chiffon Crepe material! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *