Tips Memilih Durian yang Manis dan Banyak Isi

Durian adalah buah yang sangat kontroversial. You either really love them or you hate them so much, you can’t even look at them. Buah ini sangat dikenali dengan duri-durinya yang sangat tajam dan baunya yang menusuk sensori bau anda tanpa warning. Memandangkan sekarang musim durian, banyak lah lori-lori di tepi jalan menjual durian berbakul-bakul. Terlalu ramai orang yang membeli durian dengan mahal tetapi pulang dengan rasa hampa kerana terpilih durian yang masam ataupun tawar. Jika anda adalah salah seorang di kalangan ramai yang suka menikmati kelazatan durian, teruskan membaca untuk dapatkan cara-cara memilih durian dengan betul. 

  1. BAU

Bau durian yang kuat tersebut adalah trademark raja buah ini. Ada yang kata busuk, ada yang kata manis. Jadi kalau nak pilih durian yang manis, cubalah hidu-hidu sikit bau durian yang anda nak beli tu. Cari durian yang paling manis baunya kerana itu adalah tanda bahawa isi dalam nya manis juga. 

Image from Resorts World Sentosa
  1. BENTUK

Tips kedua yang paling penting adalah bentuk. Pilihlah durian yang berbentuk bulat macam bola sepak kerana isi atau ulasnya lebih banyak dan tebal berbanding buah durian yang berbentuk lonjong macam bola ragbi dengan ulasnya yang lebih kecil. Kalau isinya sikit kan cepat habis, lagi-lagi kalau bawak balik kampung. Adik-beradik dan anak-anak buah semua dah makan, awak baru nak rasa rupanya dah habis. Jadi beli yang bulat, bukan yang lonjong.

Image from Discover SG
  1. TANGKAI BUAH

Buah durian yang baru gugur mempunyai tangkai yang berwarna cerah, orang putih kata “Fresh from the farm” gitu. Jadi, elakkan memilih durian yang bertangkai gelap kerana berkemungkinan yang ia dah lama gugur. Lepas tu, pastikan tangkai nya mempunyai hujung yang bergerigi, sebab kalau rata, maksudnya durian tersebut adalah kurang masak dan telah dipetik sebelum ia gugur.

Image from Bisnis
  1. KULIT

Elakkan durian yang mempunyai rekahan di kulitnya kerana isi durian tersebut telah pun bertindak balas dengan udara, lalu membuatkan durian tersebut mempunyai rasa yang masam instead of manis. Risau juga rekahan tersebut disebabkan oleh kemungkinan durian tersebut dah lama jatuh, jadi dah over-ripe atau terlebih masak. 

Image from Lifestyle Okezone
  1. LIMA PANGSA / JURING

Step last ini mengelirukan sedikit. Ada orang panggil Pangsa, ada orang panggil Juring. But the point is, pilih durian yang mempunyai 5 bahagian isi. Lagi banyak pangsa/juring, lagi kecik lah isi durian tu. So, 5 pangsa/juring tu sedang-sedang je. Ada orang yang terer, dia boleh tengok line pangsa/juring ni sebab dia kata tengok line duri tu tumbuh. Kalau tak pasti, tanya je abang yang jual durian tu, mesti dia tau punya.

Image from D’Open Kitchen

So, those are all the tips untuk memilih durian yang manis dan banyak isi. Harap tips tips ni bermanfaat untuk korang because at the end of the day, what could be better than some sweet durian? Boleh buat masak pengat, or some classic tempoyak, atau buat pulut durian ke kan? Ada orang buat Creampuff Durian tau! Ha, so once you guys dah dapat durian yang betul, get creative with it! 

P/S: Psst, jangan lupa dapatkan Carissa Grace series, best seller untuk range Premium Cotton Voile. www.wasap.my/0196350464/CarissaGrace

Image by SofeaRose: Carissa Grace in code Teal Green

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *